Tuesday, May 27, 2014

Tips menghilangkan mengantuk dalam kelas

Teks : magdalinaselamat
Foto : carian google

Bismillah



Apabila sudah mula mengantuk dalam kelas pasti sukar untuk menumpukan perhatian pada pembelajaran. Tidur dalam kelas sudah menjadi kebiasaan di kalangan pelajar. Dari pengalaman semasa saya mengajar dahulu, saya perhatikan pelajar yang suka mengelamun lebih mudah untuk mengantuk dalam kelas. Jika pandangan mata mereka hanya tertumpu ke satu arah, potensi untuk pelajar mengantuk sangat besar.  Pelajar begini biasanya bermasalah dengan tahap kefokusan mereka.

Antara sebab pelajar mengantuk dalam kelas adalah:
  • Pelajaran yang membosankan.
  • Makan terlalu kenyang
  • Kepenatan kerana terlalu banyak bermain
  • Tidak mendapat tidur yang berkualiti kerana tidur lewat pada malamnya.
Ada beberapa cara mudah untuk menghilangkan rasa mengantuk dalam kelas.  Kalaupun bukan hilang mengantuk seratus peratus tetapi tips berikut pasti dapat membantu anak-anak untuk meningkatkan tumpuan dalam kelas :).
  • Berniat dengan bersungguh-sungguh untuk fokus pada pembelajaran dalam kelas. Niat dan doa yang ikhlas InshaAllah akan diperkenan oleh Allah. Tubuh dan minda kita pula akan sedaya upaya bereaksi untuk mencapai niat kita.  Amalkan sepotong ayat dari surah Al Baqarah
'La ta'khuzuhu sinatuw wala naum..'
maksudnya : Dia Allah tidak mengantuk dan tidak tidur

  • Melakukan sedikit aktiviti regangan. Berjalan, berlari setempat, melompat atau mengeliat dapat membantu menghilangkan mengantuk.  Pelajar boleh melakukan aktiviti ini apabila tiada guru yang mengajar dalam kelas. Bagaimanapun, jika guru sedang mengajar di dalam kelas pergerakan pelajar tentu agak terbatas.
  •  Melakukan senaman muka seolah-olah menyebut AEIOU. Buka mulut seluas-luasnya dan muncungkan bibir sejauh yang boleh. Buatlah dengan bersungguh-sungguh.
  • Minum air.  Sentiasa bekalkan anak dengan air ke sekolah. Apabila mengantuk, minumlah air seteguk dua.  Air ini boleh digunakan untuk  membasahkan muka supaya lebih segar.  Bekalkan juga mereka sapu tangan supaya apabila mengantuk mereka boleh gunakan sapu tangan basah tersebut dan lap ke muka.
  • Makan gula-gula. Sediakan gula-gula yang berperisa masam, pedas atau menyegarkan seperti mint dan sebagainya. Makan pun hanya jika guru izinkan dan tidak mengganggu pelajar yang lain.
  • Duduk dalam keadaan postur yang tegak. Jangan duduk dalam keadaan yang terlalu selesa seperti melentokkan kepala di atas meja atau menongkat dagu.
  • Cubitlah paha, tampar pipi dan urut pangkal hidung antara kedua kening.
  • Gunakan teknik blindfold.  Teknik ini hanya dapat dipraktikkan bagi pelajar yang otak tengahnya telah diaktifkan.  Melalui program pengaktifan otak tengah, para pelajar akan dilatih untuk meningkatkan keupayaan fokus melibatkan penggunaan deria penglihatan, pendengaran bau dan juga persekitaran.  Penggunaan teknik ini berkesan bagi menghilangkan rasa mengantuk dalam kelas. Secara tidak langsung kemahiran ini juga akan meningkatkan keupayaan memori anak-anak seterusnya membolehkan mereka lebih fokus dalam pembelajaran mereka.

Alhamdulillah, semoga bermanfaat untuk diamalkan.

Wassalam

Sunday, May 25, 2014

Latihan pengaktifan otak tengah bersama ibu bapa

teks : magdalina selamat
foto : koleksi dR Genius Club

Bismillah.

Alhamdulillah.

Otak tengah yang telah diaktifkan adalah kekal dan akan terus aktif sepanjang hayat anak-anak. Pengaktifan otak tengah ini boleh dicapai melalui penyertaan anak-anak ke bengkel mengaktifkan otak tengah. Di bawah anjuran dR Genius Club, bengkel yang dijalankan adalah selama sehari sahaja.

Setelah menjalani proses pengaktifan, anak-anak perlu meneruskan latihan di rumah bersama ibu bapa. Kami juga akan turut mengajarkan ibu bapa bagaimana teknik-teknik latihan yang harus dilakukan bersama anak-anak. Latihan berterusan ini perlu dibuat sekurang-kurangnya selama 21 hari berturut-turut untuk memantapkan kemahiran penggunaan otak tengah mereka.


Sesi latihan pengaktifan bersama ibu bapa

Pada peringkat awal , kemahiran penggunaan otak tengah anak-anak masih belum stabil sepenuhnya. Ini adalah suatu keadaan yang normal dan ibu bapa tidak harus berasa bimbang. Sama juga halnya dengan belajar matematik. Anak-anak yang sudah boleh mengira akan tetap boleh mengira sampai bila-bila. Jika latihan pengiraan sering dilakukan maka mereka akan boleh mengira dengan cepat. Sebaliknya, jika latihan pengiraan jarang dibuat, maka fungsi kerja otak untuk mengira akan menjadi lambat.


Latihan pengaktifan perlu dilakukan berterusan di rumah

Otak tengah adalah sebahagian dari fungsi tubuh manusia. Maka, kemampuannya perlu diasah untuk memantapkan gerak kerjanya. Seandainya latihan tidak dibuat, kemampuannya akan berkurang tetapi fungsinya tidak akan hilang. Oleh itu, bagi membantu perkembangan fungsi otak tengah ibu bapa perlu meluangkan masa berharga untuk latihan mereka setiap hari.

Semasa latihan, penutup mata yang dipakai oleh anak-anak adalah bertujuan membantu meningkatkan perhatian dan konsentrasi mereka. Ia juga adalah untuk membezakan di antara mata atau otak yang sedang melihat. Jika kemampuan otak tengah anak-anak sudah stabil, penutup mata ini tidak akan diperlukan lagi.

Adalah mendukacitakan kerana sebilangan ibu bapa didapati sering menghentikan latihan yang dibuat bersama anak-anak.  Hal ini akan menyebabkan potensi tersembunyi yang dimiliki oleh anak-anak tidak dapat dikembangkan sepenuhnya. Seseorang yang benar-benar menggunakan otak tengahnya akan memiliki peribadi yang lebih seimbang, perhubungan antara orang-orang disekelilingnya lebih baik, pandai bergaul dan prestasi pembelajarannya meningkat.

Kemampuan otak tengah merupakan rahsia menuju kejayaan. Semasa otak tengah anak-anak sedang aktif, mereka lebih mudah menerima sesuatu pembelajaran. Ketika inilah, ibu bapa perlu menyerapkan kata-kata positif yang dapat membentuk peribadi mereka. Tutur ibu bapa adalah suatu doa yang paling mujarab bagi anak-anak.

Ibu bapa yang positif akan memberi kesan yang postif terhadap perkembangan minda dan sahsiah anak-anak. Semoga bermanfaat diamalkan.

Wassalam

______________________________________________________________

Sebarang pertanyaan mengenai bengkel mengaktifkan otak tengah anjuran dR Genius Club dan maklumat lanjut boleh hubungi saya:

pnmagdalinaselamat@gmail.com
tel : 0139926720
(Kuantan, Pahang)
www.facebook.com/magdalinaselamat

atau

kasehuwais@yahoo.com
tel :07-8822316 / 0167136072
(Kota Tinggi, Johor)

Saturday, May 24, 2014

Tidur yang meningkatkan fungsi otak

teks : magdalina selamat
foto : carian google

Bismillah.

Alhamdulillah diatas segala nikmatNya yang tidak terhingga.

Tidur merupakan suatu nikmat yang perlu kita syukuri. Manusia perlu tidur untuk merehatkan otak dan memperbaiki fungsi tubuh setelah penat bekerja seharian. Adalah penting bagi seseorang mendapatkan tidur yang berkualiti bukan jangkamasa tidur yang panjang

Tidur berkualiti adalah keadaan dimana seseorang tidur di bawah pengaruh gelombang delta. Gelombang delta adalah gelombang otak yang paling rendah, memiliki amplitude besar dengan frekuensi rendah dibawah 4hz. Fasa delta adalah fasa istirehat yang paling tinggi bagi tubuh dan fikiran. Pada ketika ini, tubuh akan melakukan proses penyembuhan diri, memperbaiki kerosakan dan menghasilkan sel-sel baru.



Anak-anak yang sedang membesar memerlukan tidur berkualiti yang amat penting bagi perkembangan minda mereka. Bagi meningkatkan fungsi otak tengah, anak-anak digalakkan tidur seawal jam 10 malam.  Tidurlah dalam keadaan gelap kerana dalam keadaan gelap, otak tengah sangat aktif menghasilkan hormone melatonin yang diperlu bagi system kekebalan tubuh. Hormon ini paling banyak terhasil saat tidur berkualiti sekitar 12 tengah malam hingga awal jam 3 pagi.

Hormon melatonin berfungsi sebagai:
  1. Antioksida yang meneutralkan radikal bebas
  2. Mengatur waktu tidur
  3. Meningkatkan system kekebalan tubuh, mengawal mood, menghilangkan stress.
  4. Mencegah peningkatan kolestrol, mengawal tekanan darah, mencegah strok
  5. Mencegah kanser
Oleh itu, memadamkan lampu ketika tidur juga bukan sahaja membantu anak-anak tidur lebih lena sepanjang malam tetapi turut membantu mencegah pelbagai penyakit merbahaya. Kehadiran cahaya lampu walaupun sedikit akan menyebabkan penghasilan hormone melatonin semakin lemah dan kualiti tidur akan terganggu.




Kaedah mendapatkan tidur berkualiti ini sebenarnya terkandung hikmah tidur sebagaimana yang dianjurkan oleh Rasulullah. Di antara sunnah Rasulullah tentang tidur adalah:
  1. Masuk tidur tidak lewat malam kemudian bangun di pertengahan atau dua per tiga malam untuk menunaikan solat tahajud atau qiyamullail.
  2. Berwuduk sebelum tidur
  3. Posisi tidur terbaik adalah mengiring ke kanan dengan telapak tangan dibawah pipi kanan.
  4. Jangan tidur dengan cara meniarap kerana ini adalah cara tidur ahli neraka jahanam.
  5. Mengamalkan doa-doa tidur sebelum dan sesudah bangun tidur.
Subhanallah, semoga dapat menjadi amalan kita dan semoga bermanfaat.

+++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++

Anak-anak yang bakal menyertai bengkel mengaktifkan otak tengah dR Genius Club, dinasihatkan tidur awal agar dapat bangun keesokannya dengan lebih segar dan ceria serta potensi otak tengah dapat dimaksimakan dengan lebih mudah, InshaAllah. Amin.

Keterangan mengenai bengkel mengaktifkan otak tengah dR Genius Club boleh hubungi saya:

pnmagdalinaselamat@gmail.com
tel : 0139926720
(Kuantan, Pahang)
www.facebook.com/magdalinaselamat

atau

kasehuwais@yahoo.com
tel :07-8822316 / 0167136072
(Kota Tinggi, Johor)


Thursday, May 22, 2014

Nilai sebuah ilmu

teks : magdalina selamat
foto : carian google
 
Bismillah.

Assalamualaikum.

Ilmu adalah anugerah Allah yang tidak ternilai. Dengan adanya  ilmu, ia akan dapat meningkatkan darjat seseorang. Seseorang yang mengajarkan ilmu yang bermanfaat kepada orang lain, akan berterusan mendapat pahala selama mana ilmu yang bermanfaat itu turut diamalkan oleh orang lain.
Ilmu itu perlu dicari. Ilmu tidak datang bergolek dan datang nya tidak secara percuma. Menuntut ilmu mempunyai harga yang perlu dibayar. Pada hari ini, ibu bapa terpaksa mengeluarkan perbelanjaan dalam proses untuk mendapatkan ilmu yang terbaik bagi anak-anak.

 
 
Dengan kos sara hidup yang semakin meningkat, ada kala terlepas juga keluhan sesetengah ibu bapa akan perbelanjaan pendidikan yang semakin tinggi pada hari ini. Tidak kiralah samada perbelanjaan  untuk pendidikan  di sekolah, kelas tuisyen, menghadiri kursus, mengikuti seminar, menyertai bengkel apatah lagi jika mempunyai  anak-anak yang menuntut di university.

Dalam menghadapi kemelut ini, ibu bapa perlu bertindak bijak membuat pilihan. Di antara kehendak dan keperluan.  Di antara nafsu dan kepentingan.  Yang mana satu perlu diutamakan. Mari kita cermin diri.

Kehidupan kita pada hari ini dipenuhi dengan pelbagai teknologi canggih.  Gadget pintar bersilih ganti memasuki  pasaran.  Kita juga tidak kurang tidak mahu ketinggalan  memiliki gadget canggih ini.  Adakah memiliki gadget canggih ini satu keperluan atau kehendak?  Andainya berlaku pembaziran, masihkah lagi kita menganggap memiliki gadget canggih ini satu keperluan?

Tanpa kita sedari, kita jarang sekali mengeluh untuk mendapatkan sesebuah barangan yang kita ingini yang mengikut aliran masakini.  Hatta untuk memiliki barangan yang  berjenama mahal maupun sekadar mendapatkan pakej tontonan hiburan yang jauh lebih tinggi perbelanjaannya.

Cuba kita bayangkan, barangan berjenama yang kita miliki  dan hiburan mahal yang kita tonton itu hanyalah bersifat sementara.  Sebaliknya, ilmu  walaupun harganya mahal adalah suatu bentuk pelaburan jangka panjang yang sangat berbaloi.  Mengeluarkan sejumlah wang perbelanjaan dalam proses mendapatkan ilmu tidak boleh dianggap sesuatu yang merugikan.
Cubalah kita fikirkan akan manfaat serta kelebihan  ilmu pengetahuan yang bakal diperoleh melalui bengkel motivasi, latihan maupun seminar. Ia merupakan  suatu asset  yang sangat berharga bagi kemajuan masa hadapan.

Marilah kita sama-sama fikirkan untuk sebuah perjalananan anak-anak yang masih jauh ke hadapan. 
 
Wassalam.


Tuesday, May 20, 2014

Anak anugerah berharga

Teks : magdalina selamat
Foto : carian google

Bismillah.

Segala puji bagi Allah yang telah memberikan nikmatNya yang tidak terhingga.

Assalamualaikum.

Apabila kita membicarakan tentang anak, pastinya setiap ibu bapa menginginkan anak yang berpotensi untuk mencapai kecemerlangan. Cemerlang dalam apa jua bidang yang anak-anak akan ceburi apabila dewasa kelak, bahkan cemerlang di dunia dan juga di akhirat.

Setiap ibu bapa juga pasti mengimpikan untuk memperoleh anak yang genius dan berperibadi mulia. Anak yang soleh ini merupakan saham bagi kedua orang tuanya dan berupaya menjadi penolong selain dari amalan kebajikan apabila seseorang itu meninggal dunia. Hal ini bukanlah sesuatu tyang mustahil dilakukan. Segalanya mungkin dengan izin Allah selagi ibu bapa terus berusaha tanpa henti, berdoa tanpa jemu.




Begitulah besarnya harapan ibu bapa terhadap anak. Anak adalah amanah dari Allah, anugerah yang berharga bagi setiap pasangan yang bergelar ibu bapa. Namun, kehadiran anak-anak ini lengkap beserta pakej tanggungjawab yang ibu bapa perlu pikul dalam mendidik mereka sebagai khalifah di muka bumi ini.

Apa pun harapan, keinginan dan impian ibu bapa terhadap anak, paling penting dalam pendidikan anak adalah dengan memberi mereka didikan mengikut kaedah Islam.  Inilah pendidikan yang mampu menjamin keselamatan dunia dan akhirat. Bagi memastikan pendidikan Islam yang berkesan terhadap anak-anak, maka setiap ibu bapa perlu melengkapkan diri dengan pengetahuan yang baik dan mengamalkan cara hidup Islam dalam keluarga.

Mendidik anak bukanlah suatu hal yang boleh dilakukan sambil lewa. Bahkan, untuk membentuk anak-anak sebagai muslim sejati, bimbingan yang diberi perlu seimbang dari aspek rohani dan jasmani. Curahkanlah segala ilmu pengetahuan dan penghayatan Islam kepada anak supaya mereka dapat membezakan antara baik dan buruk suatu perkara. Ini akan dapat membantu menghindarkan mereka dari melakukan perkara yang boleh merosak akidah dan iman.

Ibu bapa juga bertanggungjawab  untuk membekalkan anak-anak dengan ilmu pengetahuan yang tinggi. Bagaimanapun, ibu bapa tidak seharusnya terlalu fokus terhadap pencapaian keputusan akademik yang cemerlang semata-mata. Anak-anak perlu diingatkan bahawa menuntut ilmu merupakan satu ibadah yang menjadi kewajipan bagi setiap muslim. Menuntut ilmu bukanlah bertujuan untuk mendapatkan kesenangan di dunia. Menuntut ilmu juga bukan untuk mengejar ijazah bagi memudahkan pencarian pekerjaan kelak. Tetapi menuntut ilmu itu penting dalam mencari keredhaan Allah.

Ternyata, kaedah yang terbaik dalam menjadikan anak-anak cemerlang dunia dan akhirat adalah dengan kembali semula kepada cara hidup Islam. Anak-anak yang dekat dengan al Quran dan menjadikan al Quran sebagai bacaan rutin serta sentiasa memelihara solatnya lazimnya mempunyai hati yang lebih lembut. Mereka lebih mudah dibentuk dan lebih mudah mendengar kata.  Anak-anak sebegini selalunya dikurniai  Allah dengan kehebatan otak tengah yang lebih besar.  Ini menjadikan mereka berpotensi menyerap ilmu dengan lebih mudah.

Antara doa yang boleh diamalkan oleh ibu bapa agar anak-anak sentiasa memelihara solat adalah doa nabi Ibrahim seperti berikut:




Selain itu juga, lazimkan sebelum tidur :
  1. Talqinkan kalimah syahadah ke telinga anak
  2. Membacakan zikir Ya Lathif sebanyak 33x
  3. Membacakan ayat 19 Surah As Syura



lalu ditiupkan perlahan-lahan dari ubun-ubun anak hingga ke kaki dengan satu hembusan lembut.  Iringi bacaan dengan doa supaya anak ini dikurniakan hati yang lembut dan minda yang lebih fokus kepada pembelajaran.

InshaAllah , sesungguhnya  Allah maha mendengar doa hambaNya. Sentiasalah berdoa dan teruskan berusaha. Janganlah sesekali ibu bapa berasa putus asa dalam mendidik anak-anak kerana ini akan membuatkan anak-anak berputus asa terhadap kita sebagai ibu bapanya.

Segala bentuk pelaburan yang ibu bapa lakukan demi memastikan anak-anak terdidik dengan cemerlang akan menjadikan anak-anak sebagai aset terbesar yang paling berharga dalam kehidupan kedua ibu bapanya. Semoga Allah mengurniakan rahmat kepada ibu bapa sekelian.

Wassalam.





Tuesday, May 13, 2014

Manfaat pengaktifan otak tengah

teks:magdalinaselamat
foto:carian google

Bismillah.

Alhamdulillah. 

Pada entri kali ini , saya akan cuba mengupas tentang manfaat yang diperoleh setelah otak tengah diaktifkan. Kelebihan-kelebihan ini saya simpulkan dari pemerhatian akan perkembangan yang ditunjukkan oleh anak-anak dan mereka yang pernah mengikuti bengkel pengaktifan otak tengah ini. Juga hasil perbincangan dengan pakar pengaktifan otak tengah, dr Rahayu M.Yusof dan dari pembacaan-pembacaan saya.

Kanak-kanak yang pernah mengikuti bengkel mengaktifkan otak tengah akan mempamerkan potensi mereka yang tersedia ada tetapi selama ini terselindung dalam diri. Perkembangan ini tentu sahaja bukan sekelip mata  tetapi  mengambil masa secara beransur-ansur. Ia hasil dari latihan pengaktifan yang berterusan di rumah dengan bantuan kedua orang tuanya.  Perubahan hasil dari pengaktifan ini juga dapat kita lihat bagi anak yang dikenalpasti lembam maupun hiperaktif.

Secara asasnya, setelah otak tengah (pineal gland) seseorang diaktifkan, mereka akan boleh melihat dan membaca menggunakan gelombang otak mereka. Gelombang otak dan 'cahaya' digunakan untuk merasa dan bereaksi terhadap benda-benda di persekitarannya. Sungguhpun hal ini kedengaran agak pelik tetapi setelah ibubapa melihat sendiri kebolehan anak mereka, mereka berasa teruja dan tidak terkejut lagi. Dengan kaedah blindfold, kanak-kanak yang otak tengahnya telah diaktifkan dapat mengenal warna, huruf, benda disekitar dan sebagainya.



 



Pada umumnya, kelebihan yang diperoleh setelah otak tengah diaktifkan, dikenalpasti seperti berikut

Keseimbangan di antara otak kanan dan kiri.
Setelah otak tengah iaitu jambatan otak diaktifkan, fungsi otak kanan dan kiri kini dapat diseimbangkan. Otak kiri tidak lagi menekan otak kanan dan begitu juga sebaliknya.

Inilah yang dikatakan kunci genius. Seseorang yang dikatakan genius adalah mereka yang menggunakan otak secara keseluruhan. Mereka yang genius mempunyai keupayaan intelek yang tinggi, dengan kemahiran yang mempesonakan, pemikiran yang kreatif dan bakat semulajadi. Ia umpama menggunakan otak kanan dan kiri secara seimbang.

Meningkatkan konsentrasi
Apabila otak tengah diaktifkan, konsentrasi seseorang akan bertambah menyebabkan mereka akan lebih mudah memahami sesuatu hal yang rumit.

Ini kerana otak tengah adalah merupakan pengeluar dopamine yang diperlu otak sebagai neurotransmitter.  Otak tengah yang aktif mampu mengeluarkan dopamine dalam jumlah yang mencukupi. Semakin banyak dopamine dikeluarkan maka semakin banyak jaringan sel baru akan terbentuk dan tersusun dalam sebuah mekanisme dan akan semakin kuat jika kita sering melatihnya.

Meningkatkan daya ingatan
Berkait rapat dengan daya konsentrasi seseorang. Apabila konsentrasi meningkat secara tidak langsung akan turut meningkatkan daya ingatan seseorang. Daya ingatan yang bertambah  dapat membuat seseorang mampu belajar dalam waktu yang lebih singkat.

Meningkatkan gerakan kinetik
Otak tengah juga merupakan bahagian otak yang bertindak mengatur pergerakan tubuh. Setelah otak tengah diaktifkan, mereka mampu mengawal tubuh dengan lebih baik. Ada diantara mereka yang merasakan mereka lebih senang berolahraga, ada juga yang merasakan mereka lebih mudah melakukan pergerakan tarian, melakukan kegiatan luar rumah atau sebagainya.

Menyeimbangkan emosi
Otak tengah juga berfungsi mengatur hormon dalam tubuh. Jika otak tengah telah diaktifkan, mereka dapat mengawal emosi dengan lebih baik kerana otak tengah menyeimbangkan perkembangan otak kanan dan kiri.

Mereka yang mempunyai emosi positif, tenang dan stabil akan dapat menerima pembelajaran dengan lebih baik. Mereka lebih mudah menghafal dan dapat menyelesaikan permasalahan dengan lebih kreatif.  Seseorang yang fungsi otak mereka lebih seimbang juga dapat menimbulkan sifat lebih berkasih sayang dengan orang-orang disekelilingnya , lebih peka dan lebih prihatin dengan hal orang lain.



Kelebihan-kelebihan yang tersebut di atas dan potensi diri kanak-kanak akan terserlah melalui minat yang ditunjukkan secara individual.  Setiap kanak-kanak mempunyai potensi yang berbeza mengikut kemampuan dan keistimewaan masing-masing.  Hal ini diumpamakan seperti lampu dan suiz. Lampu ibarat otak tengah dan kami selaku fasilitator berusaha untuk membantu menghidupkan suiz, maka jenis lampu apakah yang anak anda bakal pamerkan, samada mentol, kalimantang atau spotlight. Itulah potensi mereka sebagai bakal khalifah yang dijadikan oleh Allah Sang Pencipta.

Semua kelebihan ini tidak akan tercapai tanpa ibubapa yang turut berperanan besar membantu anak-anak mengembangkan fungsi otak tengah kerana ibu bapa yang positif akan melahirkan anak-anak yang positif juga.

Bertemu di lain entri membincangkan tentang peranan ibubapa terhadap perkembangan anak-anak.

________________________________________________________________________________

Hubungi kami di DR Genius Club untuk mengetahui lebih lanjut tentang bengkel mengaktifkan otak tengah yang dianjurkan

pnmagdalinaselamat@gmail.com
0139926720
(Pahang)

atau

kasehuwais@yahoo.com
(Kota Tinggi, Johor)



Sunday, May 11, 2014

Rancangan Cuti Sekolah Mei-Jun

teks: magdalina selamat
foto:dr genius club, carian google

Bismillah. Alhamdulillah.

Cuti sekolah Mei-Jun akan bermula tidak lama lagi. Pastinya waktu cuti sekolah  begini , suasana di rumah akan riuh rendah dengan anak-anak. Anak-anak pada waktu itu pun sudah habis peperiksaan pertengahan tahun. Selain dari balik kampung, berkelah dan melancong, apa perancangan ibubapa untuk anak-anak ye?

Cuti sekolah ini, jika tidak ada rancangan untuk anak-anak apa kata sertakan mereka ke program pengembangan minda dR Genius Club - Bengkel Mengaktifkan Otak Tengah. Setidak-tidaknya ada juga kepelbagaian dalam aktiviti cuti sekolah mereka nanti.




Bengkel satu hari mengaktifkan otak tengah DR Genius Club terbuka kepada anak-anak berumur 6-17 tahun.  Tempat bagi peserta adalah terhad kepada 20 orang setiap sessi bengkel.  Oleh itu sesiapa yang mendaftar awal, dialah yang akan mendapat tempat.

Setiap pendaftaran hendaklah disertakan dengan caj pendahuluan sebanyak rm50 seorang, dan dibayar selewat-lewatnya 7 hari sebelum tarikh kelas bermula. Caj pendaftaran ini tidak akan dipulangkan sekiranya penyertaan pada tarikh yang diingini dibatalkan. Tetapi nama peserta akan kami simpan untuk sessi bengkel yang selanjutnya.

Bengkel pada cuti sekolah kali ini amat istimewa kerana ibu bapa dan para peserta akan diperkenalkan serba sedikit tentang bengkel geniusmath yang bakal diadakan diseluruh Malaysia tidak lama lagi. Geniusmath adalah satu kaedah mengira pantas tanpa sebarang alat iaitu tanpa kalkutator, tanpa sempoa dan tanpa jari. Ini adalah antara salah satu cabang program pengembangan minda dalam misi kami mencapai matlamat untuk membina generasi yang mempunyai minda genius dan kreatif, InshaAllah.




Dalam siri bengkel cuti sekolah ini nanti, akan terdapat juga jualan coklat minda anti stress dan pati bunga yang dirumus khas untuk meningkatkan fokus anak-anak. Makanan yang sihat penting bagi perkembangan otak dan sangat membantu dalam pembelajaran anak-anak kelak.


Keterangan tentang bengkel terkini di Kuantan

Tarikh : 7 Jun 2016  (Hari Sabtu)
Masa : 9 am - 5 pm
Kategori : Umur 6-17 tahun

Makan minum, fail dan sijil disediakan.

Pendaftaran untuk tempat dan sebarang pertanyaan boleh hubungi

pnmagdalinaselamat@gmail.com
0139926720

atau

kasehuwais@yahoo.com
07-8822316 / 0167136072

Semoga perancangan bengkel ini akan berjalan dengan lancar dan dipermudahkan segala urusan.




Amin, semoga bertemu kembali.


Thursday, May 8, 2014

Teknik perangsangan minda

teks:magdalinaselamat
foto:koleksi DR Genius Club

Bismillah..

Assalamualaikum wrt..

Pernahkah anda melihat anak kecil yang boleh membaca suratkhabar dengan mata tertutup? Pernahkah anda memikirkan bagaimana seseorang yang matanya tertutup itu boleh melihat benda yang ada disekitarnya?
 
Malah ada sesetengah diantara kanak-kanak ini mampu melihat sesuatu yang jauh bahkan mencari barang tersembunyi. Ada juga sesetengah mereka yang berkebolehan menaiki basikal dengan baik walaupun matanya ditutup.

Program pengembangan minda melalui teknik mengaktifkan otak tengah masih menimbulkan persoalan dan diperkatakan dikalangan sebilangan masyarakat hari ini. Apabila kita menyedari bahawa setiap ciptaan Allah Taala adalah yang sempurna , maka tiada sesuatu  pun yang mustahil boleh terjadi. Setiap anak yang dilahirkan telah ditetapkan rezeki dan kebolehan masing-masing.  Maka dengan cara bagaimanakah kita sebagai ibu bapa mahu menyerlahkan dan mengasah kebolehan anak-anak ini.

Fenomena yang dianggap pelik ini tidak mustahil boleh dimiliki oleh setiap kanak-kanak lainnya kerana teknik ini bukanlah sesuatu yang luar biasa tetapi ianya adalah hasil penyelidikan pakar tentang otak dan fungsinya sejak berpuluh-puluh tahun dahulu.

Kanak-kanak yang otak tengahnya telah diaktifkan mempunyai kelebihan yang tidak ada pada kanak-kanak yang belum mengaktifkan otak tengahnya. Kelebihan yang nyata adalah kemampuan mereka melihat dengan mata tertutup (blindfold technique). Mereka berupaya untuk 'melihat ' benda di sekitar mereka dan mampu untuk melakukan aktiviti dengan mata tertutup seperti mengenal nombor, membaca kad maupun mewarna. Terdapat juga di kalangan kanak-kanak ini yang mampu melihat menggunakan kulit di mana-mana anggota badan seperti  di telinga, paha atau tangan (skin eye).
 

 
 
Saya juga pada mulanya tidak mengetahui tentang otak tengah tetapi setelah menghantar kedua anak mengikuti program ini, saya melihat perubahan yang positif pada tingkahlaku mereka berdua. Muhammad Irfan, 10 dan Muhammad Imran, 7 mengikuti bengkel pengaktifan otak tengah DR Genius Club selama dua hari pada tahun 2013.


Selain mereka mendapat bonus 'melihat dengan otak', mereka juga kini lebih fokus dalam setiap hal yang mereka lakukan,lebih mudah menghafal, lebih kreatif dan lebih suka untuk melakukan kegiatan di luar rumah. Tugas saya sebagai ibu yang dulu sering berleter supaya mereka menyiapkan kerja-kerja sekolah  dan mengulangkaji pelajaran juga sudah berkurang, syukur Alhamdulillah.
 
Program pengaktifan otak tengah DR Genius Club tidak melibatkan penggunakan kuasa supernatural, mistik atau jin tetapi hanya penggunaan gelombang otak alpha. Gelombang alpha ini selalunya muncul sangat dominan pada ketika seseorang berada dalam keadaan yang paling tenang, rileks dan santai.  Sebagai contohnya keadaan  ketika seseorang baru bangun dari tidur di awal pagi.
 
Setelah otak tengah diaktifkan, otak akan dapat memancarkan gelombang otak. Gelombang otak ini berfungsi sehingga 360 darjah yang bertindak umpama radar otak yang akan merasa dan berinteraksi dengan keadaan sekeling. Sebab itulah, mereka boleh melihat dengan mata tertutup dan boleh melihat benda di sekitarnya walau diletak dari mana-mana arah sekalipun.
 
Kelebihan melihat dengan otak ini boleh dianggap sebagai bonus bagi kanak-kanak. Ini kerana kita tidak boleh menjanjikan bahawa mata kita akan sentiasa sempurna.  Kelebihan ini menjadi sangat berharga bagi mereka yang disahkan kehilangan penglihatan mereka. 
 





Pengaktifan otak tengah hanya perlu dilakukan sekali seumur hidup kanak-kanak dan ia akan terus aktif sepanjang hayat mereka.  Bagaimanapun mereka yang telah mengikuti bengkel pengaktifan otak tengah disaran supaya melakukan latihan secara berterusan di rumah supaya penguasaan minda mereka menjadi stabil dengan jaringan sel otak akan lebih banyak berhubung. Secara tidak langsung, hal ini bagus untuk perkembangan sahsiah diri.
 
Di bawah DR Genius Club, bengkel mengaktifkan otak tengah mensasarkan pelajar-pelajar sekolah rendah dan menengah. Bengkel dengan modul terbaru adalah selama sehari dan dibahagikan kepada dua kategori iaitu
  1. Bengkel meneroka otak geniusku (6-12 tahun)
  2. Bengkel inspirasi remaja (13-17 tahun)



Bengkel ini juga dikendalikan oleh beberapa orang fasilitator yang akan membantu pelajar mencapai objektif bengkel. Bilangan peserta dalam bengkel juga terhad dan mereka akan dibahagikan kepada beberapa kumpulan kecil supaya tumpuan dapat diberi kepada setiap peserta.
 
Saya melibatkan diri dalam bengkel mengaktifkan otak tengah DR Genius Club secara tidak langsung kerana minat yang mendalam dalam pengembangan minda anak-anak. Saya mahu membantu ibu bapa di luar sana dan berkongsi kelebihan dan manfaat yang akan anak-anak peroleh setelah otak tengah mereka diaktifkan.
 
Pastinya setiap anak-anak mempunyai kelebihan yang berbeza diantara satu sama lain tetapi sekurang-kurangnya dengan mengikuti bengkel ini mereka dapat mempelajari ilmu yang baru dan ibu bapa dapat menilai sendiri kelebihan dan kebolehan setelah otak tengah diaktifkan.
 
Bagi ibu bapa yang berminat untuk menghantar anak-anak mengikuti bengkel mengaktifkan otak tengah DR Genius Club atau ingin mendapat maklumat lanjut boleh menghubungi:
 
sms/whatsapp 0139926720
(di Pahang)
 
atau
 
07-88222316 / 0167136072
(di Kota Tinggi, Johor)
 
 
 
 
 
 



Saturday, May 3, 2014

Pengenalan DR Genius Club.

teks : magdalinaselamat

Assalamualaikum wrt.

Masih belum terlambat rasanya untuk saya mengucapkan selamat menyambut kedatangan bulan Rejab 1435. Semoga kita semua diberkati dan dipanjangkan usia untuk bertemu lagi bulan Ramadhan  pada tahun ini.

Di entri kali ini, saya mahu melanjutkan bicara tentang program pengaktifan otak tengah. Program perangsangan minda melalui teknik mengaktifkan otak tengah ini sebenarnya telah lama diamalkan di negara maju seperti Jepun, Indonesia maupun negara-negara barat. Di negara kita Malaysia pula, program pengaktifan otak tengah sebenarnya telah bertapak sejak 10 tahun lalu. Kini program ini semakin berkembang dan mendapat tempat di hati ibu bapa yang mahu mengaktifkan otak tengah anak-anak mereka.

Dinamakan DR Genius Club, ia merupakan sebuah program perangsangan minda hasil dari bengkel mengaktifkan otak tengah. Bengkel adalah anjuran Kaseh Uwais dan diasaskan oleh seorang yang amat meminati mengenai perkembangan sahsiah kanak-kanak dan remaja, Dr. Rahayu M.Yusof.  DR Genius Club telah mula beroperasi sejak bulan Oktober 2011. Ia secara sah dirasmikan pada 24 Mac 2012. Semenjak itu DR Genius Club giat mengadakan bengkel pengaktifan otak tengah sehinggalah hari ini.

Bengkel mengaktifkan otak tengah DR Genius Club adalah khusus bagi anak-anak yang berumur lingkungan 6-17 tahun. Tiada kelayakan akademik yang diperlukan, sesiapa shaja yang berminat boleh menyertai bengkel ini. Pada peringkat permulaan dahulu, bengkel mengaktifkan otak tengah mengambil masa satu setengah hari tetapi kini dengan modul yang terbaru, bengkel hanya dibuat dalam masa sehari bermula jam 9am-5pm. Lebih menjimatkan masa tetapi dengan hasil pengaktifan yang serupa dan menakjubkan, InshaAllah.

Di DR Genius Club, pengaktifan otak tengah anak-anak adalah melalui gabungan NLP, teknik memprogram diri dengan kaedah sains moden dan pendekatan sunnah. Ia merangkumi motivasi, inspirasi, mencungkil potensi diri, membantu anak-anak menjadi lebih tenang, rasional, mengimbangi IQ, EQ dan SQ serta memaksimumkan kelebihan otak tengah mereka.

Secara umumnya, pengaktifan otak tengah dilakukan bertujuan merangsang otak agar dapat bekerja secara menyeluruh di samping mengimbangi fungsi otak kanan dan kiri. Mereka yang otaknya boleh bekerja secara seimbang, maka proses pembelajaranya menjadi lebih cepat, mudah menghafal, lebih kreatif, berupaya mengingat lebih banyak dan daya konsentrasi semakin baik.

Bagi memastikan tujuan ini tercapai, para peserta bengkel akan dibahagikan secara berkumpulan mengikut kemampuan masing-masing. Ini akan memudahkan penyampaian agar penerimaan peserta dapat diselaraskan. DR Genius Club amat menitik beratkan kaedah merangsang otak dan minda anak-anak selain memberi motivasi kepada mereka.

Selain itu matlamat bengkel ini juga adalah untuk melahirkan generasi yanag berjiwa tenang supaya kelak mereka akan berupaya untuk berfikir dan bertindak secara rasional dari aspek emosi dan rohani. Jiwa yang tenang akan membantu mendorong anak-anak untuk menjadi insan yang lebih mencintai agama agar di masa hadapan mereka akan menjadi insan yang cemerlang dunia akhirat.

Semoga bertemu kembali di entri akan datang, membincangkan kelebihan-kelebihan yang diperoleh setelah otak tengah diaktifkan.