Saturday, May 3, 2014

Pengenalan DR Genius Club.

teks : magdalinaselamat

Assalamualaikum wrt.

Masih belum terlambat rasanya untuk saya mengucapkan selamat menyambut kedatangan bulan Rejab 1435. Semoga kita semua diberkati dan dipanjangkan usia untuk bertemu lagi bulan Ramadhan  pada tahun ini.

Di entri kali ini, saya mahu melanjutkan bicara tentang program pengaktifan otak tengah. Program perangsangan minda melalui teknik mengaktifkan otak tengah ini sebenarnya telah lama diamalkan di negara maju seperti Jepun, Indonesia maupun negara-negara barat. Di negara kita Malaysia pula, program pengaktifan otak tengah sebenarnya telah bertapak sejak 10 tahun lalu. Kini program ini semakin berkembang dan mendapat tempat di hati ibu bapa yang mahu mengaktifkan otak tengah anak-anak mereka.

Dinamakan DR Genius Club, ia merupakan sebuah program perangsangan minda hasil dari bengkel mengaktifkan otak tengah. Bengkel adalah anjuran Kaseh Uwais dan diasaskan oleh seorang yang amat meminati mengenai perkembangan sahsiah kanak-kanak dan remaja, Dr. Rahayu M.Yusof.  DR Genius Club telah mula beroperasi sejak bulan Oktober 2011. Ia secara sah dirasmikan pada 24 Mac 2012. Semenjak itu DR Genius Club giat mengadakan bengkel pengaktifan otak tengah sehinggalah hari ini.

Bengkel mengaktifkan otak tengah DR Genius Club adalah khusus bagi anak-anak yang berumur lingkungan 6-17 tahun. Tiada kelayakan akademik yang diperlukan, sesiapa shaja yang berminat boleh menyertai bengkel ini. Pada peringkat permulaan dahulu, bengkel mengaktifkan otak tengah mengambil masa satu setengah hari tetapi kini dengan modul yang terbaru, bengkel hanya dibuat dalam masa sehari bermula jam 9am-5pm. Lebih menjimatkan masa tetapi dengan hasil pengaktifan yang serupa dan menakjubkan, InshaAllah.

Di DR Genius Club, pengaktifan otak tengah anak-anak adalah melalui gabungan NLP, teknik memprogram diri dengan kaedah sains moden dan pendekatan sunnah. Ia merangkumi motivasi, inspirasi, mencungkil potensi diri, membantu anak-anak menjadi lebih tenang, rasional, mengimbangi IQ, EQ dan SQ serta memaksimumkan kelebihan otak tengah mereka.

Secara umumnya, pengaktifan otak tengah dilakukan bertujuan merangsang otak agar dapat bekerja secara menyeluruh di samping mengimbangi fungsi otak kanan dan kiri. Mereka yang otaknya boleh bekerja secara seimbang, maka proses pembelajaranya menjadi lebih cepat, mudah menghafal, lebih kreatif, berupaya mengingat lebih banyak dan daya konsentrasi semakin baik.

Bagi memastikan tujuan ini tercapai, para peserta bengkel akan dibahagikan secara berkumpulan mengikut kemampuan masing-masing. Ini akan memudahkan penyampaian agar penerimaan peserta dapat diselaraskan. DR Genius Club amat menitik beratkan kaedah merangsang otak dan minda anak-anak selain memberi motivasi kepada mereka.

Selain itu matlamat bengkel ini juga adalah untuk melahirkan generasi yanag berjiwa tenang supaya kelak mereka akan berupaya untuk berfikir dan bertindak secara rasional dari aspek emosi dan rohani. Jiwa yang tenang akan membantu mendorong anak-anak untuk menjadi insan yang lebih mencintai agama agar di masa hadapan mereka akan menjadi insan yang cemerlang dunia akhirat.

Semoga bertemu kembali di entri akan datang, membincangkan kelebihan-kelebihan yang diperoleh setelah otak tengah diaktifkan.



No comments:

Post a Comment