Tuesday, June 24, 2014

Ahlan wasahlan ya Ramadhan al Mubarak

teks : Magdalina selamat
foto : khidmat google

Bismillah.

Assalamualaikum.

Kekasih tercinta bakal datang menjengah.
Tetamu  teragung akan tiba tidak lama lagi.



Selamat datang ya Ramadhan yang penuh barakah. Ramadhan akan menjelang hanya beberapa hari sahaja lagi.  Inilah ketibaan bulan teristimewa, bulan yang penuh rahmat diantara sekelian bulan. Bagaimanakah persiapan kita menyambut kedatangan tetamu agung ini? Sudahkah kita bersedia menghadapinya.?

Antara persediaan menyambut kedatangan Ramadhan.
  • Berazam untuk mempertingkatkan amalan di bulan Ramadhan yang mulia ini. Setkan niat dengan bersungguh-sungguh untuk mempersiapkan diri menyambut kedatangan Ramadhan agar apabila datangnya Ramadhan kita akan memperoleh manfaat dan keberkatan di setiap saat darinya.
  • Sentiasa memohon doa kepada Allah Taala untuk menghidupkan kita sehingga dapat bertemu lagi bulan Ramadhan pada tahun ini dan berikutnya sebagaimana doa yang diamalkan oleh Rasulullah s.a.w. 

                              'Ya Allah, sampaikanlah kami ke bulan Ramadhan".   

  • Mengqadakan puasa yang ditinggalkan jika ada terlebih dahulu dan setelah selesai, melakukan puasa sunat terutama  di bulan Rejab dan Syaaban. Oleh itu, kita dapat mempersiapkan diri dari segi rohani dan jasmani  bagi menghadapi Ramadhan kali ini pula.
  • Membaca al Quran dan mendalami maksudnya. Semakin kita memahami kalam Allah, seluruh jiwa dan jasad kita akan dapat merasai kemanisan iman. Semoga kita dapat mengambil manfaat dari kedatangan bulan yang mulia ini.
"Selamat menyambut Ramadhan al Mubarak dan selamat menunaikan ibadah" kepada semua muslimin dan muslimat.  Program perangsangan minda melalui Bengkel Mengaktifkan Otak Tengah di Pahang dengan kerjasama dR Genius Club akan berehat sepanjang bulan Ramadhan ini. Program bakal diadakan semula selepas Syawal ya.

InshaAllah, amin.


1 comment:

  1. Perkenalkan, saya dari tim kumpulbagi. Saya ingin tau, apakah kiranya anda berencana untuk mengoleksi files menggunakan hosting yang baru?
    Jika ya, silahkan kunjungi website ini www.kumpulbagi.com untuk info selengkapnya.

    Di sana anda bisa dengan bebas share dan mendowload foto-foto keluarga dan trip, music, video, filem dll dalam jumlah dan waktu yang tidak terbatas, setelah registrasi terlebih dahulu. Gratis :)

    ReplyDelete