Thursday, June 12, 2014

Malam Nisfu Syaaban


Para ulama juga menyatakan bahwa nisfu Syaaban juga dinamakan sebagai malam pengampunan atau malam maghfirah, kerana  pada malam itu Allah Taala menurunkan pengampunan kepada seluruh penduduk bumi, terutama kepada hambaNya yang soleh.

Tentang keutamaan malam nisfu Syaaban ini, kita dianjurkan untuk melakukan ibadah dan amalan kebajikan terutama untuk memohon keampunan, memohon rezeki dan umur yang bermanfaat.

Di antara hadis yang mencatatkan keutamaan nisfu Syaaban.

  1. Diriwayatkan dari Siti Aisyah ra berkata, : "Suatu malam Rasulullah solat, kemudian beliau bersujud panjang, sehingga aku menyangka bahwa Rasulullah telah diambil, kerana curiga maka aku gerakkan telunjuk beliau dan ternyata masih bergerak. Setelah Rasulullah selesai solatnya beliau berkata: “Hai Aisyah engkau tidak dapat bagian?”. Lalu aku menjawab: “Tidak ya Rasulullah, aku hanya berfikiran yang tidak-tidak (menyangka Rasulullah telah tiada) keranaa engkau bersujud begitu lama”. Lalu beliau bertanya: “Tahukah engkau, malam apa sekarang ini”. “Rasulullah yang lebih tahu”, jawabku. “Malam ini adalah malam nisfu Syaaban, Allah mengawasi hambanya pada malam ini, maka Dia memaafkan mereka yang meminta ampunan, memberi kasih sayang mereka yang meminta kasih sayang dan menyingkirkan orang-orang yang dengki” (H.R. Baihaqi) .
  2. Diriwayatkan dari Siti Aisyah ra bercerita bahwa pada suatu malam ia kehilangan Rasulullah SAW. Ia lalu mencari dan akhirnya menemukan beliau di Baqi’ sedang menengadahkan wajahnya ke langit. Beliau berkata: “Sesungguhnya Allah Azza Wajalla turun ke langit dunia pada malam nishfu Syaaban dan mengampuni (dosa) yang banyaknya melebihi jumlah bulu kambing biri Bani Kalb.” (HR Turmudzi, Ahmad dan Ibnu Majah).
  3. Diriwayatkan oleh Abu Musa Al-Asyaari RA bahwa Rasulullah SAW bersabda: “Sesungguhnya Allah pada malam nisfu Syaaban mengawasi seluruh mahlukNya dan mengampuni semuanya kecuali orang musyrik atau orang yang bermusuhan.” (HR Ibnu Majah)
  4. Diriwayatkan dari Ali bin Abi Thalib KW bahawa Rasulullah SAW bersabda: “Jika malam nishfu Syaaban tiba, maka solatlahlah di malam hari, dan berpuasalah di siang harinya, kerana sesungguhnya pada malam itu, setelah matahari terbenam, Allah turun ke langit dunia dan berkata, Adakah yang beristighfar kepada Ku, lalu Aku mengampuninya, Adakah yang memohon rezeki, lalu Aku memberinya rezeki , adakah yang tertimpa bala, lalu Aku menyelamatkannya, demikian seterusnya hingga terbitnya fajar.” (HR Ibnu Majah).
Begitulah diantara keutamaan dan kelebihan malam nisfu Syaaban. Marilah kita menanamkan azam untuk memanfaatkan malam yang mulia ini untuk mendekatkan diri dan memohon ampunan dan berzikir sebanyak-banyaknya kepada Allah Taala. Memperbanyakkan istighfar, menghadiri majlis ilmu jika ada, bangun malam berqiyamullail untuk solat tahajud dan solat witir sebelum subuh.

Sesungguhnya bulan Syaaban merupakan bulan persiapan bagi umat Islam untuk memasuki bulan Ramadhan. Semoga segala dosa-dosa kita akan diampuni oleh Allah Taala. Amin.

Semoga bermanfaat.

#sumberpondokhabib:)

 

No comments:

Post a Comment