Tuesday, April 22, 2014

Kenali Otak Tengah


Apa itu otak tengah?

Pernahkah anda tahu bahawa manusia mempunyai otak tengah? Selama ini kita biasa mendengar tentang otak kanan dan otak kiri. Kita juga tahu tentang peranan otak serta fungsi-fungsinya. Tetapi, sebahagian besar masyarakat hari ini masih belum mengetahui tentang otak tengah, fungsi serta kelebihan setelah otak tengah diaktifkan.



Mari kita kenali serba ringkas tentang otak tengah. Otak tengah juga dikenali sebagai kelenjar pineal. Otak tengah manusia bertindak mengeluarkan hormon melatonin bagi fungsi saraf anatomi tubuh. Ia mempunyai lebih 300 juta saraf. 

Otak tengah terletak di antara otak kanan dan otak kiri manusia. Sebab itulah, otak tengah juga dianggap sebagai jambatan otak yang berperanan menghubungkan fungsi otak kanan dan fungsi otak kiri. Semasa kita masih bayi, otak tengah berperanan dengan baik sebagai pengurus otak.

Bagaimanapun pada tahap usia tertentu, otak tengah menjadi kurang aktif dan akan tidur sekiranya ia tidak diaktifkan. Ini bermakna, di peringkat tumbesaran manusia otak kanan dan otak kiri terpaksa bersaing di antara satu sama lain untuk menjalankan tugas masing-masing tanpa pengurus.

Jika fungsi otak kiri lebih dominan, maka seseorang itu dikatakan mempunyai IQ tinggi. Biasanya mereka yang penggunaan otak kiri dominan akan lebih baik pada pengiraan terutama pembelajaran matematik, fizik atau kejuruteraan.

Manakala jika fungsi otak kanan lebih dominan, maka seseorang itu pula dikatakan mempunyai EQ tinggi. Mereka yang penggunaan otak kanan dominan biasanya akan lebih baik pada pembelajaran kesenian.


Mengapa otak tengah perlu diaktifkan?

Dengan kaedah sains moden, otak tengah yang tidur kini boleh diaktifkan semula. Apabila otak tengah diaktifkan, fungsi diantara otak kanan dan otak kiri akan dapat diseimbangkan. Ini kerana kedua belah otak sudah mempunyai pengurus yang dapat mengatur tugas otak. Kedua otak kanan dan otak kiri boleh bekerjasama dengan lebih baik. Penggunaan keseluruhan otak ini mampu meningkatkan prestasi fungsi otak.

Mereka yang otak tengahnya telah diaktifkan akan mendapat maklumat maksimum dari kedua otak kanan dan otak kiri. Ini membantu anak-anak yang otak tengah mereka telah diaktifkan menjadi lebih cekap dan fokus dalam pembelajaran mereka.

Menakjubkan, apabila setelah otak tengah diaktifkan mereka didapati mampu melakukan pelbagai aktiviti dengan mata tertutup seperti membaca, mewarna dan sebagainya.




Diharapkan setelah memasuki bengkel pengaktifan otak tengah, anak-anak yang otak tengahnya telah diaktifkan akan lebih cemerlang dalam pelajaran mereka dan berkeupayaan untuk meningkatkan kebolehan positif dalam diri apabila mereka menggunakan kedua belah otak mereka.

No comments:

Post a Comment