teks : magdalina selamat
foto : koleksi dR Genius Club
Bismillah.
Alhamdulillah.
Otak tengah yang telah diaktifkan adalah kekal dan akan terus aktif sepanjang hayat anak-anak. Pengaktifan otak tengah ini boleh dicapai melalui penyertaan anak-anak ke bengkel mengaktifkan otak tengah. Di bawah anjuran dR Genius Club, bengkel yang dijalankan adalah selama sehari sahaja.
Setelah menjalani proses pengaktifan, anak-anak perlu meneruskan latihan di rumah bersama ibu bapa. Kami juga akan turut mengajarkan ibu bapa bagaimana teknik-teknik latihan yang harus dilakukan bersama anak-anak. Latihan berterusan ini perlu dibuat sekurang-kurangnya selama 21 hari berturut-turut untuk memantapkan kemahiran penggunaan otak tengah mereka.
|
Sesi latihan pengaktifan bersama ibu bapa |
Pada peringkat awal , kemahiran penggunaan otak tengah anak-anak masih belum stabil sepenuhnya. Ini adalah suatu keadaan yang normal dan ibu bapa tidak harus berasa bimbang. Sama juga halnya dengan belajar matematik. Anak-anak yang sudah boleh mengira akan tetap boleh mengira sampai bila-bila. Jika latihan pengiraan sering dilakukan maka mereka akan boleh mengira dengan cepat. Sebaliknya, jika latihan pengiraan jarang dibuat, maka fungsi kerja otak untuk mengira akan menjadi lambat.
|
Latihan pengaktifan perlu dilakukan berterusan di rumah |
Otak tengah adalah sebahagian dari fungsi tubuh manusia. Maka, kemampuannya perlu diasah untuk memantapkan gerak kerjanya. Seandainya latihan tidak dibuat, kemampuannya akan berkurang tetapi fungsinya tidak akan hilang. Oleh itu, bagi membantu perkembangan fungsi otak tengah ibu bapa perlu meluangkan masa berharga untuk latihan mereka setiap hari.
Semasa latihan, penutup mata yang dipakai oleh anak-anak adalah bertujuan membantu meningkatkan perhatian dan konsentrasi mereka. Ia juga adalah untuk membezakan di antara mata atau otak yang sedang melihat. Jika kemampuan otak tengah anak-anak sudah stabil, penutup mata ini tidak akan diperlukan lagi.
Adalah mendukacitakan kerana sebilangan ibu bapa didapati sering menghentikan latihan yang dibuat bersama anak-anak. Hal ini akan menyebabkan potensi tersembunyi yang dimiliki oleh anak-anak tidak dapat dikembangkan sepenuhnya. Seseorang yang benar-benar menggunakan otak tengahnya akan memiliki peribadi yang lebih seimbang, perhubungan antara orang-orang disekelilingnya lebih baik, pandai bergaul dan prestasi pembelajarannya meningkat.
Kemampuan otak tengah merupakan rahsia menuju kejayaan. Semasa otak tengah anak-anak sedang aktif, mereka lebih mudah menerima sesuatu pembelajaran. Ketika inilah, ibu bapa perlu menyerapkan kata-kata positif yang dapat membentuk peribadi mereka. Tutur ibu bapa adalah suatu doa yang paling mujarab bagi anak-anak.
Ibu bapa yang positif akan memberi kesan yang postif terhadap perkembangan minda dan sahsiah anak-anak. Semoga bermanfaat diamalkan.
Wassalam
______________________________________________________________
Sebarang pertanyaan mengenai bengkel mengaktifkan otak tengah anjuran dR Genius Club dan maklumat lanjut boleh hubungi saya:
pnmagdalinaselamat@gmail.com
tel : 0139926720
(Kuantan, Pahang)
www.facebook.com/magdalinaselamat
atau
kasehuwais@yahoo.com
tel :07-8822316 / 0167136072
(Kota Tinggi, Johor)