Thursday, May 8, 2014

Teknik perangsangan minda

teks:magdalinaselamat
foto:koleksi DR Genius Club

Bismillah..

Assalamualaikum wrt..

Pernahkah anda melihat anak kecil yang boleh membaca suratkhabar dengan mata tertutup? Pernahkah anda memikirkan bagaimana seseorang yang matanya tertutup itu boleh melihat benda yang ada disekitarnya?
 
Malah ada sesetengah diantara kanak-kanak ini mampu melihat sesuatu yang jauh bahkan mencari barang tersembunyi. Ada juga sesetengah mereka yang berkebolehan menaiki basikal dengan baik walaupun matanya ditutup.

Program pengembangan minda melalui teknik mengaktifkan otak tengah masih menimbulkan persoalan dan diperkatakan dikalangan sebilangan masyarakat hari ini. Apabila kita menyedari bahawa setiap ciptaan Allah Taala adalah yang sempurna , maka tiada sesuatu  pun yang mustahil boleh terjadi. Setiap anak yang dilahirkan telah ditetapkan rezeki dan kebolehan masing-masing.  Maka dengan cara bagaimanakah kita sebagai ibu bapa mahu menyerlahkan dan mengasah kebolehan anak-anak ini.

Fenomena yang dianggap pelik ini tidak mustahil boleh dimiliki oleh setiap kanak-kanak lainnya kerana teknik ini bukanlah sesuatu yang luar biasa tetapi ianya adalah hasil penyelidikan pakar tentang otak dan fungsinya sejak berpuluh-puluh tahun dahulu.

Kanak-kanak yang otak tengahnya telah diaktifkan mempunyai kelebihan yang tidak ada pada kanak-kanak yang belum mengaktifkan otak tengahnya. Kelebihan yang nyata adalah kemampuan mereka melihat dengan mata tertutup (blindfold technique). Mereka berupaya untuk 'melihat ' benda di sekitar mereka dan mampu untuk melakukan aktiviti dengan mata tertutup seperti mengenal nombor, membaca kad maupun mewarna. Terdapat juga di kalangan kanak-kanak ini yang mampu melihat menggunakan kulit di mana-mana anggota badan seperti  di telinga, paha atau tangan (skin eye).
 

 
 
Saya juga pada mulanya tidak mengetahui tentang otak tengah tetapi setelah menghantar kedua anak mengikuti program ini, saya melihat perubahan yang positif pada tingkahlaku mereka berdua. Muhammad Irfan, 10 dan Muhammad Imran, 7 mengikuti bengkel pengaktifan otak tengah DR Genius Club selama dua hari pada tahun 2013.


Selain mereka mendapat bonus 'melihat dengan otak', mereka juga kini lebih fokus dalam setiap hal yang mereka lakukan,lebih mudah menghafal, lebih kreatif dan lebih suka untuk melakukan kegiatan di luar rumah. Tugas saya sebagai ibu yang dulu sering berleter supaya mereka menyiapkan kerja-kerja sekolah  dan mengulangkaji pelajaran juga sudah berkurang, syukur Alhamdulillah.
 
Program pengaktifan otak tengah DR Genius Club tidak melibatkan penggunakan kuasa supernatural, mistik atau jin tetapi hanya penggunaan gelombang otak alpha. Gelombang alpha ini selalunya muncul sangat dominan pada ketika seseorang berada dalam keadaan yang paling tenang, rileks dan santai.  Sebagai contohnya keadaan  ketika seseorang baru bangun dari tidur di awal pagi.
 
Setelah otak tengah diaktifkan, otak akan dapat memancarkan gelombang otak. Gelombang otak ini berfungsi sehingga 360 darjah yang bertindak umpama radar otak yang akan merasa dan berinteraksi dengan keadaan sekeling. Sebab itulah, mereka boleh melihat dengan mata tertutup dan boleh melihat benda di sekitarnya walau diletak dari mana-mana arah sekalipun.
 
Kelebihan melihat dengan otak ini boleh dianggap sebagai bonus bagi kanak-kanak. Ini kerana kita tidak boleh menjanjikan bahawa mata kita akan sentiasa sempurna.  Kelebihan ini menjadi sangat berharga bagi mereka yang disahkan kehilangan penglihatan mereka. 
 





Pengaktifan otak tengah hanya perlu dilakukan sekali seumur hidup kanak-kanak dan ia akan terus aktif sepanjang hayat mereka.  Bagaimanapun mereka yang telah mengikuti bengkel pengaktifan otak tengah disaran supaya melakukan latihan secara berterusan di rumah supaya penguasaan minda mereka menjadi stabil dengan jaringan sel otak akan lebih banyak berhubung. Secara tidak langsung, hal ini bagus untuk perkembangan sahsiah diri.
 
Di bawah DR Genius Club, bengkel mengaktifkan otak tengah mensasarkan pelajar-pelajar sekolah rendah dan menengah. Bengkel dengan modul terbaru adalah selama sehari dan dibahagikan kepada dua kategori iaitu
  1. Bengkel meneroka otak geniusku (6-12 tahun)
  2. Bengkel inspirasi remaja (13-17 tahun)



Bengkel ini juga dikendalikan oleh beberapa orang fasilitator yang akan membantu pelajar mencapai objektif bengkel. Bilangan peserta dalam bengkel juga terhad dan mereka akan dibahagikan kepada beberapa kumpulan kecil supaya tumpuan dapat diberi kepada setiap peserta.
 
Saya melibatkan diri dalam bengkel mengaktifkan otak tengah DR Genius Club secara tidak langsung kerana minat yang mendalam dalam pengembangan minda anak-anak. Saya mahu membantu ibu bapa di luar sana dan berkongsi kelebihan dan manfaat yang akan anak-anak peroleh setelah otak tengah mereka diaktifkan.
 
Pastinya setiap anak-anak mempunyai kelebihan yang berbeza diantara satu sama lain tetapi sekurang-kurangnya dengan mengikuti bengkel ini mereka dapat mempelajari ilmu yang baru dan ibu bapa dapat menilai sendiri kelebihan dan kebolehan setelah otak tengah diaktifkan.
 
Bagi ibu bapa yang berminat untuk menghantar anak-anak mengikuti bengkel mengaktifkan otak tengah DR Genius Club atau ingin mendapat maklumat lanjut boleh menghubungi:
 
sms/whatsapp 0139926720
(di Pahang)
 
atau
 
07-88222316 / 0167136072
(di Kota Tinggi, Johor)
 
 
 
 
 
 



No comments:

Post a Comment