Tuesday, May 27, 2014

Tips menghilangkan mengantuk dalam kelas

Teks : magdalinaselamat
Foto : carian google

Bismillah



Apabila sudah mula mengantuk dalam kelas pasti sukar untuk menumpukan perhatian pada pembelajaran. Tidur dalam kelas sudah menjadi kebiasaan di kalangan pelajar. Dari pengalaman semasa saya mengajar dahulu, saya perhatikan pelajar yang suka mengelamun lebih mudah untuk mengantuk dalam kelas. Jika pandangan mata mereka hanya tertumpu ke satu arah, potensi untuk pelajar mengantuk sangat besar.  Pelajar begini biasanya bermasalah dengan tahap kefokusan mereka.

Antara sebab pelajar mengantuk dalam kelas adalah:
  • Pelajaran yang membosankan.
  • Makan terlalu kenyang
  • Kepenatan kerana terlalu banyak bermain
  • Tidak mendapat tidur yang berkualiti kerana tidur lewat pada malamnya.
Ada beberapa cara mudah untuk menghilangkan rasa mengantuk dalam kelas.  Kalaupun bukan hilang mengantuk seratus peratus tetapi tips berikut pasti dapat membantu anak-anak untuk meningkatkan tumpuan dalam kelas :).
  • Berniat dengan bersungguh-sungguh untuk fokus pada pembelajaran dalam kelas. Niat dan doa yang ikhlas InshaAllah akan diperkenan oleh Allah. Tubuh dan minda kita pula akan sedaya upaya bereaksi untuk mencapai niat kita.  Amalkan sepotong ayat dari surah Al Baqarah
'La ta'khuzuhu sinatuw wala naum..'
maksudnya : Dia Allah tidak mengantuk dan tidak tidur

  • Melakukan sedikit aktiviti regangan. Berjalan, berlari setempat, melompat atau mengeliat dapat membantu menghilangkan mengantuk.  Pelajar boleh melakukan aktiviti ini apabila tiada guru yang mengajar dalam kelas. Bagaimanapun, jika guru sedang mengajar di dalam kelas pergerakan pelajar tentu agak terbatas.
  •  Melakukan senaman muka seolah-olah menyebut AEIOU. Buka mulut seluas-luasnya dan muncungkan bibir sejauh yang boleh. Buatlah dengan bersungguh-sungguh.
  • Minum air.  Sentiasa bekalkan anak dengan air ke sekolah. Apabila mengantuk, minumlah air seteguk dua.  Air ini boleh digunakan untuk  membasahkan muka supaya lebih segar.  Bekalkan juga mereka sapu tangan supaya apabila mengantuk mereka boleh gunakan sapu tangan basah tersebut dan lap ke muka.
  • Makan gula-gula. Sediakan gula-gula yang berperisa masam, pedas atau menyegarkan seperti mint dan sebagainya. Makan pun hanya jika guru izinkan dan tidak mengganggu pelajar yang lain.
  • Duduk dalam keadaan postur yang tegak. Jangan duduk dalam keadaan yang terlalu selesa seperti melentokkan kepala di atas meja atau menongkat dagu.
  • Cubitlah paha, tampar pipi dan urut pangkal hidung antara kedua kening.
  • Gunakan teknik blindfold.  Teknik ini hanya dapat dipraktikkan bagi pelajar yang otak tengahnya telah diaktifkan.  Melalui program pengaktifan otak tengah, para pelajar akan dilatih untuk meningkatkan keupayaan fokus melibatkan penggunaan deria penglihatan, pendengaran bau dan juga persekitaran.  Penggunaan teknik ini berkesan bagi menghilangkan rasa mengantuk dalam kelas. Secara tidak langsung kemahiran ini juga akan meningkatkan keupayaan memori anak-anak seterusnya membolehkan mereka lebih fokus dalam pembelajaran mereka.

Alhamdulillah, semoga bermanfaat untuk diamalkan.

Wassalam

No comments:

Post a Comment