teks : magdalina selamat
foto : koleksi dr. genius club
Bismillah.
Bismillah.
Alhamdulillah, baru-baru ini pada hari Sabtu 7 Jun 2014, satu program pengembangan minda iaitu bengkel mengaktifkan otak tengah telah berjaya diadakan di Kuantan, Pahang. Bengkel dengan kerjasama dR Genius Club dan Kaseh Uwais ini adalah yang keempat penganjurannya di Kuantan. Kehadiran para peserta ke bengkel ini amat menggalakkan. Jumlah pelajar yang hadir pada hari itu melebihi 20 pelajar dengan pelajar baru 12 orang dan pelajar lama yang datang mengulangi pembelajaran pengaktifan seramai 12 orang.
Ada pelbagai peringkat umur pelajar yang menghadiri bengkel pada kali ini. Pelajar termuda kami adalah berumur 6 tahun dan pelajar yang ter'tua' adalah berumur 16 tahun. Walaupun berbeza peringkat umur tetapi anak-anak ini boleh bekerjasama dengan baik dengan fasilitator dan berusaha mencapai matlamat bengkel tersebut.
Saya kagum dengan kesungguhan ibu bapa yang bersusah payah mencari jalan agar anak mereka dapat menyertai bengkel ini dan memperoleh manfaat dari pengaktifan otak tengah. Ada ibu bapa yang terpaksa melalui perjalanan jauh dari Shah Alam ke Kuantan. Disamping mengambil kesempatan dari cuti sekolah Mei-Jun ini untuk melancong, mereka juga memanfaatkan masa yang terluang untuk mencari ilmu bagi bekalan anak-anak. Terima kasih kepada ibu bapa yang menghantarkan anak-anak mereka menyertai program anjuran kami ini. Walaupun sebelum ini , kami tidak saling mengenal tetapi kepercayaan yang diberi amat kami hargai.
Bengkel pengaktifan otak tengah bermula tepat pada jam 9 pagi dengan sessi pengenalan diri.
Kami tidak menggalakkan ibu bapa untuk bersama anak-anak semasa program dijalankan kerana saya perhatikan anak-anak yang ditunggu, tumpuan mereka lebih mudah terganggu. Sememangnya, ada juga anak kecil yang menangis di persekitaran baru tetapi lazimnya emosi anak-anak sebegini akan stabil tidak berapa lama kemudian. Oleh itu, ibu bapa tidak perlu merasa bimbang, ya :)
Suasana pembelajaran di bengkel ini adalah santai dan menyeronokkan. Melalui bengkel ini, anak-anak diajar dengan beberapa permainan fokus dan senaman otak untuk melatih tahap kefokusan mereka disamping mengasah penggunaan otak kiri dan kanan secara lebih seimbang. Mereka juga dibimbing untuk menerapkan nilai murni dan menghayati cara hidup Islam agar pelajar yang lahir dari program ini lebih berjiwa tenang dan dapat mengimbangi emosi dengan akal fikiran yang rasional dalam sebarang tindakan mereka kelak.
Alhamdulillah, semua anak-anak yang menghadiri bengkel pada kali ini mendapat bonus melihat dengan otak dan diharapkan agar manfaat pengaktifan otak tengah yang diperoleh akan berterusan sepanjang hayat anak-anak.
Adik Danish 7 tahun, menunjukkan perkembangan yang baik pada sessi ulangkaji pengaktifan kali ini. Semoga potensi adik Danish akan terus berkembang. |
Aktiviti latihan otak tengah. |
Ibu bapa santai mendengar penerangan dR Rahayu tentang otak tengah dan mereka juga diajar tentang cara membuat latihan bersama anak di rumah kelak. |
Alhamdulillah, hebatnya otak tengah. Anak-anak ini berjaya melihat dengan otak dan dapat melakukan skin eye dengan baik. |
Demikianlah sedikit perkongsian daripada program pengembangan minda bengkel mengaktifkan otak tengah anjuran dR Genius Club yang sempat saya kongsikan di sini. Moga sedikit perkongsian ini memberi manfaat kepada ibu bapa di luar sana.
............................................................................................................................................................
Sekiranya anda berminat untuk menjalin kerjasama menganjurkan bengkel mengaktifkan otak tengah dR Genius Club, boleh hubungi saya untuk maklumat lanjut. Pihak kami juga bersedia datang ke tempat anda bagi mengadakan program ini. InshaAllah, semoga dipermudahkan urusan.
............................................................................................................................................................
Sekiranya anda berminat untuk menjalin kerjasama menganjurkan bengkel mengaktifkan otak tengah dR Genius Club, boleh hubungi saya untuk maklumat lanjut. Pihak kami juga bersedia datang ke tempat anda bagi mengadakan program ini. InshaAllah, semoga dipermudahkan urusan.