Monday, April 21, 2014

Salam Ukhwah Fillah



Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh..

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani.

Salam perkenalan buat semua sahabat alam maya. Syukur Alhamdulillah, akhirnya dengan waktu yang terbatas, blog ini dapat dibentuk. Terima kasih kepada guru Pn. Aishah Hussein yang sabar menunjuk ajar saya secara online.

Izinkan saya perkenalkan diri. Nama saya adalah Magdalina Selamat, dari Johor. Kini menetap di Kuantan, Pahang. Saya berkelulusan sarjana muda Kejuruteraan Kimia dari USM. Setelah menamatkan pengajian saya berpengalaman bekerja dalam bidang pendidikan, mengajar pelajar-pelajar matrikulasi di sebuah kolej swasta di ibu negara. Hanya beberapa tahun mengharung suka duka alam pekerjaan, akhirnya saya mengambil keputusan nekad untuk berhenti kerja. Saya mahu memberikan sepenuh perhatian terhadap keluarga. Biarlah anak-anak membesar di depan mata. Sebolehnya, setiap proses perkembangan mereka saya mahu amati kerana mereka adalah pinjaman berharga dari Yang Maha Esa.

Kebahagiaan menjadi surirumah tidak dapat diungkap dengan kata-kata. Ini kerana, dengan menjadi surirumah saya juga mempunyai ruang masa untuk diri sendiri, di samping dapat melakukan pelbagai perkara yang saya minati. Menjadi suri rumah juga bukan bermakna sumber pendapatan kita akan terhenti, tetapi jadikanlah minat kita itu sebagai sumber rezeki. Di sinilah, saya mula melibatkan diri dengan asas perniagaan.

Saya merealisasikan laman ini sebagai suatu laman perkongsian ilmu mengenai program perangsangan minda, tips untuk membina minda kreatif dan genius terutamanya hasil pengaktifan otak tengah anak-anak. Program pengaktifan otak tengah yang dianjurkan adalah dengan kerjasama Dr Genius Club dan Kaseh Uwais.

Program mengaktifkan otak tengah adalah bertujuan untuk membantu meningkatkan potensi minda anak-anak terutama dari segi IQ, EQ dan SQ melalui kaedah sains moden dan pendekatan sunnah. Dewasa ini, kita sering dapati sebilangan besar anak-anak mudah hilang tumpuan dan fokus dalam melakukan sesuatu perkara. Sedikit sebanyak hal ini akan mengganggu proses pembelajaran anak-anak. Maka, menjadi tanggungjawab ibubapa untuk mencari alternatif penyelesaian permasalahan ini.

Dengan mengikuti program mengaktifkan otak tengah, kami akan berusaha memprogram kembali minda anak-anak. Sebilangan besar, anak-anak yang pernah mengikuti program ini ternyata lebih fokus, lebih berkeyakinan, lebih kreatif! Pendekata, banyak kelebihan dan manfaat yang diperolehi.

Sememangnya, menjadi  impian kami untuk melahirkan lapisan generasi yang berjiwa tenang dan cemerlang kehidupannya di dunia dan akhirat. Semoga laman ini dapat menyalurkan maklumat kepada ibubapa berkenaan panduan mengaktifkan otak tengah, agar di masa hadapan akan lahir generasi genius yang mampu bersaing dalam dunia yang lebih mencabar.

InshaAllah, Amin.

Wassalam, moga bertemu kembali.



2 comments:

  1. Tahniah pn..semoga ilmu yg dicurahkn mendapat keberkatan dunia dan akhirat hendaknya..amin

    ReplyDelete
    Replies
    1. InshaAllah, Amin. Thnx sis! Doakan I istiqomah ya..;-D

      Delete