Thursday, May 22, 2014

Nilai sebuah ilmu

teks : magdalina selamat
foto : carian google
 
Bismillah.

Assalamualaikum.

Ilmu adalah anugerah Allah yang tidak ternilai. Dengan adanya  ilmu, ia akan dapat meningkatkan darjat seseorang. Seseorang yang mengajarkan ilmu yang bermanfaat kepada orang lain, akan berterusan mendapat pahala selama mana ilmu yang bermanfaat itu turut diamalkan oleh orang lain.
Ilmu itu perlu dicari. Ilmu tidak datang bergolek dan datang nya tidak secara percuma. Menuntut ilmu mempunyai harga yang perlu dibayar. Pada hari ini, ibu bapa terpaksa mengeluarkan perbelanjaan dalam proses untuk mendapatkan ilmu yang terbaik bagi anak-anak.

 
 
Dengan kos sara hidup yang semakin meningkat, ada kala terlepas juga keluhan sesetengah ibu bapa akan perbelanjaan pendidikan yang semakin tinggi pada hari ini. Tidak kiralah samada perbelanjaan  untuk pendidikan  di sekolah, kelas tuisyen, menghadiri kursus, mengikuti seminar, menyertai bengkel apatah lagi jika mempunyai  anak-anak yang menuntut di university.

Dalam menghadapi kemelut ini, ibu bapa perlu bertindak bijak membuat pilihan. Di antara kehendak dan keperluan.  Di antara nafsu dan kepentingan.  Yang mana satu perlu diutamakan. Mari kita cermin diri.

Kehidupan kita pada hari ini dipenuhi dengan pelbagai teknologi canggih.  Gadget pintar bersilih ganti memasuki  pasaran.  Kita juga tidak kurang tidak mahu ketinggalan  memiliki gadget canggih ini.  Adakah memiliki gadget canggih ini satu keperluan atau kehendak?  Andainya berlaku pembaziran, masihkah lagi kita menganggap memiliki gadget canggih ini satu keperluan?

Tanpa kita sedari, kita jarang sekali mengeluh untuk mendapatkan sesebuah barangan yang kita ingini yang mengikut aliran masakini.  Hatta untuk memiliki barangan yang  berjenama mahal maupun sekadar mendapatkan pakej tontonan hiburan yang jauh lebih tinggi perbelanjaannya.

Cuba kita bayangkan, barangan berjenama yang kita miliki  dan hiburan mahal yang kita tonton itu hanyalah bersifat sementara.  Sebaliknya, ilmu  walaupun harganya mahal adalah suatu bentuk pelaburan jangka panjang yang sangat berbaloi.  Mengeluarkan sejumlah wang perbelanjaan dalam proses mendapatkan ilmu tidak boleh dianggap sesuatu yang merugikan.
Cubalah kita fikirkan akan manfaat serta kelebihan  ilmu pengetahuan yang bakal diperoleh melalui bengkel motivasi, latihan maupun seminar. Ia merupakan  suatu asset  yang sangat berharga bagi kemajuan masa hadapan.

Marilah kita sama-sama fikirkan untuk sebuah perjalananan anak-anak yang masih jauh ke hadapan. 
 
Wassalam.


Tuesday, May 20, 2014

Anak anugerah berharga

Teks : magdalina selamat
Foto : carian google

Bismillah.

Segala puji bagi Allah yang telah memberikan nikmatNya yang tidak terhingga.

Assalamualaikum.

Apabila kita membicarakan tentang anak, pastinya setiap ibu bapa menginginkan anak yang berpotensi untuk mencapai kecemerlangan. Cemerlang dalam apa jua bidang yang anak-anak akan ceburi apabila dewasa kelak, bahkan cemerlang di dunia dan juga di akhirat.

Setiap ibu bapa juga pasti mengimpikan untuk memperoleh anak yang genius dan berperibadi mulia. Anak yang soleh ini merupakan saham bagi kedua orang tuanya dan berupaya menjadi penolong selain dari amalan kebajikan apabila seseorang itu meninggal dunia. Hal ini bukanlah sesuatu tyang mustahil dilakukan. Segalanya mungkin dengan izin Allah selagi ibu bapa terus berusaha tanpa henti, berdoa tanpa jemu.




Begitulah besarnya harapan ibu bapa terhadap anak. Anak adalah amanah dari Allah, anugerah yang berharga bagi setiap pasangan yang bergelar ibu bapa. Namun, kehadiran anak-anak ini lengkap beserta pakej tanggungjawab yang ibu bapa perlu pikul dalam mendidik mereka sebagai khalifah di muka bumi ini.

Apa pun harapan, keinginan dan impian ibu bapa terhadap anak, paling penting dalam pendidikan anak adalah dengan memberi mereka didikan mengikut kaedah Islam.  Inilah pendidikan yang mampu menjamin keselamatan dunia dan akhirat. Bagi memastikan pendidikan Islam yang berkesan terhadap anak-anak, maka setiap ibu bapa perlu melengkapkan diri dengan pengetahuan yang baik dan mengamalkan cara hidup Islam dalam keluarga.

Mendidik anak bukanlah suatu hal yang boleh dilakukan sambil lewa. Bahkan, untuk membentuk anak-anak sebagai muslim sejati, bimbingan yang diberi perlu seimbang dari aspek rohani dan jasmani. Curahkanlah segala ilmu pengetahuan dan penghayatan Islam kepada anak supaya mereka dapat membezakan antara baik dan buruk suatu perkara. Ini akan dapat membantu menghindarkan mereka dari melakukan perkara yang boleh merosak akidah dan iman.

Ibu bapa juga bertanggungjawab  untuk membekalkan anak-anak dengan ilmu pengetahuan yang tinggi. Bagaimanapun, ibu bapa tidak seharusnya terlalu fokus terhadap pencapaian keputusan akademik yang cemerlang semata-mata. Anak-anak perlu diingatkan bahawa menuntut ilmu merupakan satu ibadah yang menjadi kewajipan bagi setiap muslim. Menuntut ilmu bukanlah bertujuan untuk mendapatkan kesenangan di dunia. Menuntut ilmu juga bukan untuk mengejar ijazah bagi memudahkan pencarian pekerjaan kelak. Tetapi menuntut ilmu itu penting dalam mencari keredhaan Allah.

Ternyata, kaedah yang terbaik dalam menjadikan anak-anak cemerlang dunia dan akhirat adalah dengan kembali semula kepada cara hidup Islam. Anak-anak yang dekat dengan al Quran dan menjadikan al Quran sebagai bacaan rutin serta sentiasa memelihara solatnya lazimnya mempunyai hati yang lebih lembut. Mereka lebih mudah dibentuk dan lebih mudah mendengar kata.  Anak-anak sebegini selalunya dikurniai  Allah dengan kehebatan otak tengah yang lebih besar.  Ini menjadikan mereka berpotensi menyerap ilmu dengan lebih mudah.

Antara doa yang boleh diamalkan oleh ibu bapa agar anak-anak sentiasa memelihara solat adalah doa nabi Ibrahim seperti berikut:




Selain itu juga, lazimkan sebelum tidur :
  1. Talqinkan kalimah syahadah ke telinga anak
  2. Membacakan zikir Ya Lathif sebanyak 33x
  3. Membacakan ayat 19 Surah As Syura



lalu ditiupkan perlahan-lahan dari ubun-ubun anak hingga ke kaki dengan satu hembusan lembut.  Iringi bacaan dengan doa supaya anak ini dikurniakan hati yang lembut dan minda yang lebih fokus kepada pembelajaran.

InshaAllah , sesungguhnya  Allah maha mendengar doa hambaNya. Sentiasalah berdoa dan teruskan berusaha. Janganlah sesekali ibu bapa berasa putus asa dalam mendidik anak-anak kerana ini akan membuatkan anak-anak berputus asa terhadap kita sebagai ibu bapanya.

Segala bentuk pelaburan yang ibu bapa lakukan demi memastikan anak-anak terdidik dengan cemerlang akan menjadikan anak-anak sebagai aset terbesar yang paling berharga dalam kehidupan kedua ibu bapanya. Semoga Allah mengurniakan rahmat kepada ibu bapa sekelian.

Wassalam.





Tuesday, May 13, 2014

Manfaat pengaktifan otak tengah

teks:magdalinaselamat
foto:carian google

Bismillah.

Alhamdulillah. 

Pada entri kali ini , saya akan cuba mengupas tentang manfaat yang diperoleh setelah otak tengah diaktifkan. Kelebihan-kelebihan ini saya simpulkan dari pemerhatian akan perkembangan yang ditunjukkan oleh anak-anak dan mereka yang pernah mengikuti bengkel pengaktifan otak tengah ini. Juga hasil perbincangan dengan pakar pengaktifan otak tengah, dr Rahayu M.Yusof dan dari pembacaan-pembacaan saya.

Kanak-kanak yang pernah mengikuti bengkel mengaktifkan otak tengah akan mempamerkan potensi mereka yang tersedia ada tetapi selama ini terselindung dalam diri. Perkembangan ini tentu sahaja bukan sekelip mata  tetapi  mengambil masa secara beransur-ansur. Ia hasil dari latihan pengaktifan yang berterusan di rumah dengan bantuan kedua orang tuanya.  Perubahan hasil dari pengaktifan ini juga dapat kita lihat bagi anak yang dikenalpasti lembam maupun hiperaktif.

Secara asasnya, setelah otak tengah (pineal gland) seseorang diaktifkan, mereka akan boleh melihat dan membaca menggunakan gelombang otak mereka. Gelombang otak dan 'cahaya' digunakan untuk merasa dan bereaksi terhadap benda-benda di persekitarannya. Sungguhpun hal ini kedengaran agak pelik tetapi setelah ibubapa melihat sendiri kebolehan anak mereka, mereka berasa teruja dan tidak terkejut lagi. Dengan kaedah blindfold, kanak-kanak yang otak tengahnya telah diaktifkan dapat mengenal warna, huruf, benda disekitar dan sebagainya.



 



Pada umumnya, kelebihan yang diperoleh setelah otak tengah diaktifkan, dikenalpasti seperti berikut

Keseimbangan di antara otak kanan dan kiri.
Setelah otak tengah iaitu jambatan otak diaktifkan, fungsi otak kanan dan kiri kini dapat diseimbangkan. Otak kiri tidak lagi menekan otak kanan dan begitu juga sebaliknya.

Inilah yang dikatakan kunci genius. Seseorang yang dikatakan genius adalah mereka yang menggunakan otak secara keseluruhan. Mereka yang genius mempunyai keupayaan intelek yang tinggi, dengan kemahiran yang mempesonakan, pemikiran yang kreatif dan bakat semulajadi. Ia umpama menggunakan otak kanan dan kiri secara seimbang.

Meningkatkan konsentrasi
Apabila otak tengah diaktifkan, konsentrasi seseorang akan bertambah menyebabkan mereka akan lebih mudah memahami sesuatu hal yang rumit.

Ini kerana otak tengah adalah merupakan pengeluar dopamine yang diperlu otak sebagai neurotransmitter.  Otak tengah yang aktif mampu mengeluarkan dopamine dalam jumlah yang mencukupi. Semakin banyak dopamine dikeluarkan maka semakin banyak jaringan sel baru akan terbentuk dan tersusun dalam sebuah mekanisme dan akan semakin kuat jika kita sering melatihnya.

Meningkatkan daya ingatan
Berkait rapat dengan daya konsentrasi seseorang. Apabila konsentrasi meningkat secara tidak langsung akan turut meningkatkan daya ingatan seseorang. Daya ingatan yang bertambah  dapat membuat seseorang mampu belajar dalam waktu yang lebih singkat.

Meningkatkan gerakan kinetik
Otak tengah juga merupakan bahagian otak yang bertindak mengatur pergerakan tubuh. Setelah otak tengah diaktifkan, mereka mampu mengawal tubuh dengan lebih baik. Ada diantara mereka yang merasakan mereka lebih senang berolahraga, ada juga yang merasakan mereka lebih mudah melakukan pergerakan tarian, melakukan kegiatan luar rumah atau sebagainya.

Menyeimbangkan emosi
Otak tengah juga berfungsi mengatur hormon dalam tubuh. Jika otak tengah telah diaktifkan, mereka dapat mengawal emosi dengan lebih baik kerana otak tengah menyeimbangkan perkembangan otak kanan dan kiri.

Mereka yang mempunyai emosi positif, tenang dan stabil akan dapat menerima pembelajaran dengan lebih baik. Mereka lebih mudah menghafal dan dapat menyelesaikan permasalahan dengan lebih kreatif.  Seseorang yang fungsi otak mereka lebih seimbang juga dapat menimbulkan sifat lebih berkasih sayang dengan orang-orang disekelilingnya , lebih peka dan lebih prihatin dengan hal orang lain.



Kelebihan-kelebihan yang tersebut di atas dan potensi diri kanak-kanak akan terserlah melalui minat yang ditunjukkan secara individual.  Setiap kanak-kanak mempunyai potensi yang berbeza mengikut kemampuan dan keistimewaan masing-masing.  Hal ini diumpamakan seperti lampu dan suiz. Lampu ibarat otak tengah dan kami selaku fasilitator berusaha untuk membantu menghidupkan suiz, maka jenis lampu apakah yang anak anda bakal pamerkan, samada mentol, kalimantang atau spotlight. Itulah potensi mereka sebagai bakal khalifah yang dijadikan oleh Allah Sang Pencipta.

Semua kelebihan ini tidak akan tercapai tanpa ibubapa yang turut berperanan besar membantu anak-anak mengembangkan fungsi otak tengah kerana ibu bapa yang positif akan melahirkan anak-anak yang positif juga.

Bertemu di lain entri membincangkan tentang peranan ibubapa terhadap perkembangan anak-anak.

________________________________________________________________________________

Hubungi kami di DR Genius Club untuk mengetahui lebih lanjut tentang bengkel mengaktifkan otak tengah yang dianjurkan

pnmagdalinaselamat@gmail.com
0139926720
(Pahang)

atau

kasehuwais@yahoo.com
(Kota Tinggi, Johor)



Sunday, May 11, 2014

Rancangan Cuti Sekolah Mei-Jun

teks: magdalina selamat
foto:dr genius club, carian google

Bismillah. Alhamdulillah.

Cuti sekolah Mei-Jun akan bermula tidak lama lagi. Pastinya waktu cuti sekolah  begini , suasana di rumah akan riuh rendah dengan anak-anak. Anak-anak pada waktu itu pun sudah habis peperiksaan pertengahan tahun. Selain dari balik kampung, berkelah dan melancong, apa perancangan ibubapa untuk anak-anak ye?

Cuti sekolah ini, jika tidak ada rancangan untuk anak-anak apa kata sertakan mereka ke program pengembangan minda dR Genius Club - Bengkel Mengaktifkan Otak Tengah. Setidak-tidaknya ada juga kepelbagaian dalam aktiviti cuti sekolah mereka nanti.




Bengkel satu hari mengaktifkan otak tengah DR Genius Club terbuka kepada anak-anak berumur 6-17 tahun.  Tempat bagi peserta adalah terhad kepada 20 orang setiap sessi bengkel.  Oleh itu sesiapa yang mendaftar awal, dialah yang akan mendapat tempat.

Setiap pendaftaran hendaklah disertakan dengan caj pendahuluan sebanyak rm50 seorang, dan dibayar selewat-lewatnya 7 hari sebelum tarikh kelas bermula. Caj pendaftaran ini tidak akan dipulangkan sekiranya penyertaan pada tarikh yang diingini dibatalkan. Tetapi nama peserta akan kami simpan untuk sessi bengkel yang selanjutnya.

Bengkel pada cuti sekolah kali ini amat istimewa kerana ibu bapa dan para peserta akan diperkenalkan serba sedikit tentang bengkel geniusmath yang bakal diadakan diseluruh Malaysia tidak lama lagi. Geniusmath adalah satu kaedah mengira pantas tanpa sebarang alat iaitu tanpa kalkutator, tanpa sempoa dan tanpa jari. Ini adalah antara salah satu cabang program pengembangan minda dalam misi kami mencapai matlamat untuk membina generasi yang mempunyai minda genius dan kreatif, InshaAllah.




Dalam siri bengkel cuti sekolah ini nanti, akan terdapat juga jualan coklat minda anti stress dan pati bunga yang dirumus khas untuk meningkatkan fokus anak-anak. Makanan yang sihat penting bagi perkembangan otak dan sangat membantu dalam pembelajaran anak-anak kelak.


Keterangan tentang bengkel terkini di Kuantan

Tarikh : 7 Jun 2016  (Hari Sabtu)
Masa : 9 am - 5 pm
Kategori : Umur 6-17 tahun

Makan minum, fail dan sijil disediakan.

Pendaftaran untuk tempat dan sebarang pertanyaan boleh hubungi

pnmagdalinaselamat@gmail.com
0139926720

atau

kasehuwais@yahoo.com
07-8822316 / 0167136072

Semoga perancangan bengkel ini akan berjalan dengan lancar dan dipermudahkan segala urusan.




Amin, semoga bertemu kembali.


Thursday, May 8, 2014

Teknik perangsangan minda

teks:magdalinaselamat
foto:koleksi DR Genius Club

Bismillah..

Assalamualaikum wrt..

Pernahkah anda melihat anak kecil yang boleh membaca suratkhabar dengan mata tertutup? Pernahkah anda memikirkan bagaimana seseorang yang matanya tertutup itu boleh melihat benda yang ada disekitarnya?
 
Malah ada sesetengah diantara kanak-kanak ini mampu melihat sesuatu yang jauh bahkan mencari barang tersembunyi. Ada juga sesetengah mereka yang berkebolehan menaiki basikal dengan baik walaupun matanya ditutup.

Program pengembangan minda melalui teknik mengaktifkan otak tengah masih menimbulkan persoalan dan diperkatakan dikalangan sebilangan masyarakat hari ini. Apabila kita menyedari bahawa setiap ciptaan Allah Taala adalah yang sempurna , maka tiada sesuatu  pun yang mustahil boleh terjadi. Setiap anak yang dilahirkan telah ditetapkan rezeki dan kebolehan masing-masing.  Maka dengan cara bagaimanakah kita sebagai ibu bapa mahu menyerlahkan dan mengasah kebolehan anak-anak ini.

Fenomena yang dianggap pelik ini tidak mustahil boleh dimiliki oleh setiap kanak-kanak lainnya kerana teknik ini bukanlah sesuatu yang luar biasa tetapi ianya adalah hasil penyelidikan pakar tentang otak dan fungsinya sejak berpuluh-puluh tahun dahulu.

Kanak-kanak yang otak tengahnya telah diaktifkan mempunyai kelebihan yang tidak ada pada kanak-kanak yang belum mengaktifkan otak tengahnya. Kelebihan yang nyata adalah kemampuan mereka melihat dengan mata tertutup (blindfold technique). Mereka berupaya untuk 'melihat ' benda di sekitar mereka dan mampu untuk melakukan aktiviti dengan mata tertutup seperti mengenal nombor, membaca kad maupun mewarna. Terdapat juga di kalangan kanak-kanak ini yang mampu melihat menggunakan kulit di mana-mana anggota badan seperti  di telinga, paha atau tangan (skin eye).
 

 
 
Saya juga pada mulanya tidak mengetahui tentang otak tengah tetapi setelah menghantar kedua anak mengikuti program ini, saya melihat perubahan yang positif pada tingkahlaku mereka berdua. Muhammad Irfan, 10 dan Muhammad Imran, 7 mengikuti bengkel pengaktifan otak tengah DR Genius Club selama dua hari pada tahun 2013.


Selain mereka mendapat bonus 'melihat dengan otak', mereka juga kini lebih fokus dalam setiap hal yang mereka lakukan,lebih mudah menghafal, lebih kreatif dan lebih suka untuk melakukan kegiatan di luar rumah. Tugas saya sebagai ibu yang dulu sering berleter supaya mereka menyiapkan kerja-kerja sekolah  dan mengulangkaji pelajaran juga sudah berkurang, syukur Alhamdulillah.
 
Program pengaktifan otak tengah DR Genius Club tidak melibatkan penggunakan kuasa supernatural, mistik atau jin tetapi hanya penggunaan gelombang otak alpha. Gelombang alpha ini selalunya muncul sangat dominan pada ketika seseorang berada dalam keadaan yang paling tenang, rileks dan santai.  Sebagai contohnya keadaan  ketika seseorang baru bangun dari tidur di awal pagi.
 
Setelah otak tengah diaktifkan, otak akan dapat memancarkan gelombang otak. Gelombang otak ini berfungsi sehingga 360 darjah yang bertindak umpama radar otak yang akan merasa dan berinteraksi dengan keadaan sekeling. Sebab itulah, mereka boleh melihat dengan mata tertutup dan boleh melihat benda di sekitarnya walau diletak dari mana-mana arah sekalipun.
 
Kelebihan melihat dengan otak ini boleh dianggap sebagai bonus bagi kanak-kanak. Ini kerana kita tidak boleh menjanjikan bahawa mata kita akan sentiasa sempurna.  Kelebihan ini menjadi sangat berharga bagi mereka yang disahkan kehilangan penglihatan mereka. 
 





Pengaktifan otak tengah hanya perlu dilakukan sekali seumur hidup kanak-kanak dan ia akan terus aktif sepanjang hayat mereka.  Bagaimanapun mereka yang telah mengikuti bengkel pengaktifan otak tengah disaran supaya melakukan latihan secara berterusan di rumah supaya penguasaan minda mereka menjadi stabil dengan jaringan sel otak akan lebih banyak berhubung. Secara tidak langsung, hal ini bagus untuk perkembangan sahsiah diri.
 
Di bawah DR Genius Club, bengkel mengaktifkan otak tengah mensasarkan pelajar-pelajar sekolah rendah dan menengah. Bengkel dengan modul terbaru adalah selama sehari dan dibahagikan kepada dua kategori iaitu
  1. Bengkel meneroka otak geniusku (6-12 tahun)
  2. Bengkel inspirasi remaja (13-17 tahun)



Bengkel ini juga dikendalikan oleh beberapa orang fasilitator yang akan membantu pelajar mencapai objektif bengkel. Bilangan peserta dalam bengkel juga terhad dan mereka akan dibahagikan kepada beberapa kumpulan kecil supaya tumpuan dapat diberi kepada setiap peserta.
 
Saya melibatkan diri dalam bengkel mengaktifkan otak tengah DR Genius Club secara tidak langsung kerana minat yang mendalam dalam pengembangan minda anak-anak. Saya mahu membantu ibu bapa di luar sana dan berkongsi kelebihan dan manfaat yang akan anak-anak peroleh setelah otak tengah mereka diaktifkan.
 
Pastinya setiap anak-anak mempunyai kelebihan yang berbeza diantara satu sama lain tetapi sekurang-kurangnya dengan mengikuti bengkel ini mereka dapat mempelajari ilmu yang baru dan ibu bapa dapat menilai sendiri kelebihan dan kebolehan setelah otak tengah diaktifkan.
 
Bagi ibu bapa yang berminat untuk menghantar anak-anak mengikuti bengkel mengaktifkan otak tengah DR Genius Club atau ingin mendapat maklumat lanjut boleh menghubungi:
 
sms/whatsapp 0139926720
(di Pahang)
 
atau
 
07-88222316 / 0167136072
(di Kota Tinggi, Johor)
 
 
 
 
 
 



Saturday, May 3, 2014

Pengenalan DR Genius Club.

teks : magdalinaselamat

Assalamualaikum wrt.

Masih belum terlambat rasanya untuk saya mengucapkan selamat menyambut kedatangan bulan Rejab 1435. Semoga kita semua diberkati dan dipanjangkan usia untuk bertemu lagi bulan Ramadhan  pada tahun ini.

Di entri kali ini, saya mahu melanjutkan bicara tentang program pengaktifan otak tengah. Program perangsangan minda melalui teknik mengaktifkan otak tengah ini sebenarnya telah lama diamalkan di negara maju seperti Jepun, Indonesia maupun negara-negara barat. Di negara kita Malaysia pula, program pengaktifan otak tengah sebenarnya telah bertapak sejak 10 tahun lalu. Kini program ini semakin berkembang dan mendapat tempat di hati ibu bapa yang mahu mengaktifkan otak tengah anak-anak mereka.

Dinamakan DR Genius Club, ia merupakan sebuah program perangsangan minda hasil dari bengkel mengaktifkan otak tengah. Bengkel adalah anjuran Kaseh Uwais dan diasaskan oleh seorang yang amat meminati mengenai perkembangan sahsiah kanak-kanak dan remaja, Dr. Rahayu M.Yusof.  DR Genius Club telah mula beroperasi sejak bulan Oktober 2011. Ia secara sah dirasmikan pada 24 Mac 2012. Semenjak itu DR Genius Club giat mengadakan bengkel pengaktifan otak tengah sehinggalah hari ini.

Bengkel mengaktifkan otak tengah DR Genius Club adalah khusus bagi anak-anak yang berumur lingkungan 6-17 tahun. Tiada kelayakan akademik yang diperlukan, sesiapa shaja yang berminat boleh menyertai bengkel ini. Pada peringkat permulaan dahulu, bengkel mengaktifkan otak tengah mengambil masa satu setengah hari tetapi kini dengan modul yang terbaru, bengkel hanya dibuat dalam masa sehari bermula jam 9am-5pm. Lebih menjimatkan masa tetapi dengan hasil pengaktifan yang serupa dan menakjubkan, InshaAllah.

Di DR Genius Club, pengaktifan otak tengah anak-anak adalah melalui gabungan NLP, teknik memprogram diri dengan kaedah sains moden dan pendekatan sunnah. Ia merangkumi motivasi, inspirasi, mencungkil potensi diri, membantu anak-anak menjadi lebih tenang, rasional, mengimbangi IQ, EQ dan SQ serta memaksimumkan kelebihan otak tengah mereka.

Secara umumnya, pengaktifan otak tengah dilakukan bertujuan merangsang otak agar dapat bekerja secara menyeluruh di samping mengimbangi fungsi otak kanan dan kiri. Mereka yang otaknya boleh bekerja secara seimbang, maka proses pembelajaranya menjadi lebih cepat, mudah menghafal, lebih kreatif, berupaya mengingat lebih banyak dan daya konsentrasi semakin baik.

Bagi memastikan tujuan ini tercapai, para peserta bengkel akan dibahagikan secara berkumpulan mengikut kemampuan masing-masing. Ini akan memudahkan penyampaian agar penerimaan peserta dapat diselaraskan. DR Genius Club amat menitik beratkan kaedah merangsang otak dan minda anak-anak selain memberi motivasi kepada mereka.

Selain itu matlamat bengkel ini juga adalah untuk melahirkan generasi yanag berjiwa tenang supaya kelak mereka akan berupaya untuk berfikir dan bertindak secara rasional dari aspek emosi dan rohani. Jiwa yang tenang akan membantu mendorong anak-anak untuk menjadi insan yang lebih mencintai agama agar di masa hadapan mereka akan menjadi insan yang cemerlang dunia akhirat.

Semoga bertemu kembali di entri akan datang, membincangkan kelebihan-kelebihan yang diperoleh setelah otak tengah diaktifkan.



Wednesday, April 23, 2014

Meneroka Minda Genius

teks; magdalinaselamat
foto;koleksi sendiri

Bengkel mengaktifkan otak tengah anjuran bersama Dr. Genius Club dan Kaseh Uwais yang diadakan di Kuantan, Pahang pada 29 Disember 2013 telah diadakan dengan jayanya. Syukur Alhamdulillah kerana bengkel berjalan dengan lancar. Semua anak-anak yang menyertai bengkel sungguh bersemangat dan mudah bekerjasama dengan para fasililitator.






Hasilnya, kesemua mereka berjaya mendapat bonus melihat dengan otak. Semoga perkembangan positif anak-anak ini akan berterusan dan menjadi anak yang cemerlang dunia akhirat.

InshaAllah, Amin.

Maklumat lanjut tentang bengkel mengaktifkan otak tengah boleh hubungi:

Magdalina 013 9926720 ( Pahang)

atau

Kaseh Uwais 016 7136072 (Johor)